Jenazah remaja yang maut dipercayai dipanah petir di kawasan kuari Bukit Jerus, Pasir Puteh, Kelantan selamat dikebumikan, awal pagi tadi.

Jenazah Allahyarham Muhammad Alif Haikal Ludin, 15 tahun, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Madrasah Kampung Hutan Buloh, Melor.
 

Semalam, mangsa maut di tempat kejadian akibat dipanah petir semasa sedang menutup bahagian muatan belakang sebuah lori.

Abang ipar mangsa melecur paha kiri dan cedera di kepala kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini