Jepun dan Australia menandatangani perjanjian bagi memperkukuh hubungan pertahanan.

Ia bagi menyumbang kepada kestabilan rantau ketika China mengembangkan pengaruh ketenteraan serta ekonominya.

Majlis yang dilakukan secara maya itu dihadiri Perdana Menteri Australia, Scott Morrison dan rakan sejawatnya, Fumio Kishida.

Biarpun Morrison, tidak menyebut Beijing secara langsung selepas majlis tandatangan tersebut, perjanjian terbabit dilihat sebagai tindakan menyuarakan kebimbangan terhadap China.

Beliau menyifatkan perjanjian itu sebagai komitmen kerjasama dua negara bagi mempertahankan kestabilan Indo-Pasifik.

Selain Jepun dan Australia, Amerika Syarikat dan India merupakan negara yang turut bekerjasama membina pakatan dalam menghadapi kehadiran pengaruh China yang semakin meningkat di seluruh Asia.

Ia termasuk ancamannya terhadap garisan sempadan perairan antarabangsa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini