Jepun memberi perhatian khusus terhadap perairan dan ruang udaranya hari ini selepas lima kapal tentera laut Rusia berlayar melalui Selat Tsushima susulan armada itu menyertai lima lagi kapal China pada pertengahan bulan ini.

Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihiko Isozaki berkata, kapal-kapal Rusia berkenaan dilihat melalui Selat Tsugaru di utara Jepun ke Selat Osumi di barat daya negara itu.

Isozaki turut mengesahkan bahawa, helikopter dirakam terbang dan mendarat dari kapal laut tentera laut China dan Rusia memaksa tentera udara Jepun dikerah sebagai tindak balas.

Katanya, Pasukan Pertahanan  Maritim mengesahkan 10 kapal itu telah berlayar di Laut China Timur melalui Selat Tsugaru dan sekitar Kepulauan Izu dan Selat Osumi sejak 18 Oktober. Berikutan itu, Jepun akan terus melakukan pelbagai usaha sewajarnya untuk mengeluarkan amaran dan pengawasan di laut dan ruang udara sekitar Jepun.  

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini