Vaksin COVID-19 Moderna di Jepun yang tercemar didapati mengandungi partikel keluli tahan karat. Ketika ini, lebih sejuta dos Moderna digantung selepas laporan bendasing ditemui dalam bebuli vaksin COVID-19 tersebut.

Siasatan terhadap kematian dua lelaki yang menerima suntikan dos daripada kumpulan vaksin tercemar itu juga sedang dilakukan pihak berkuasa.

Namun, sehingga kini punca kematian masih tidak diketahui.

Dalam kenyataan bersama rakan kerjasamanya di Jepun, Takeda, Moderna memberitahu pencemaran itu dikesan membabitkan kelemahan saluran pengeluaran di sebuah kilang kontraktornya di Sepanyol, ROVI Pharma Industrial Services.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini