Jepun melonggarkan amaran perjalanan daripada Tahap 2 kepada Tahap 1 untuk 36 negara.

Menurut Kementerian Luar, antara negara tersebut termasuklah  Amerika Syarikat, Britain, Kanada dan Hong Kong.Thailand, Vietnam, Singapura dan Malaysia

Kelonggaran tersebut membolehkan rakyat negara itu melakukan perjalanan tidak penting ke negara terbabit. 

Dalam pada itu, nasihat perjalanan untuk 15 lagi negara dan kawasan lain pula diturunkan daripada Tahap 3 kepada Tahap 2 melibatkan tujuh di Asia Barat dan Afrika, enam di Eropah dan dua di Amerika Latin.

Menurut kementerian itu lagi, kelonggaran nasihat perjalanan dibuat susulan trend penurunan kes jangkitan baharu dan kematian membabitkan Covid-19 di seluruh dunia.

Sementara itu, 109 negara dan wilayah kekal di bawah amaran Tahap 2, termasuk 30 di Asia, seperti China, Korea Selatan dan India, serta 35 negara Eropah, termasuk Jerman, Perancis dan Itali.

Pada masa sama, 41 negara kekal pada Tahap 3.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini