Jepun sudah meluluskan vaksin keluaran Pfizer bagi kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun.

Ia adalah vaksin pertama yang akan diberikan pada program vaksinasi 8 juta kanak-kanak yang layak dijangka bermula seawal Mac depan.

Setakat ini, 80 peratus daripada kesemua populasi Jepun sudahpun menerima dua dos suntikan vaksin.

Namun kadar suntikan dos penggalak masih rendah, dengan hanya 1.4 peratus daripada kesemua penduduk negara itu sudah menerima dos ketiga.

Sementara itu, Jepun akan memperluaskan pelaksanaan sekatan COVID-19 mulai semalam disaat negara itu dibelenggu peningkatan jumlah kes varian Omicron.

Antara sekatan dikenakan ialah arahan penutupan awal semua restoran di ibu kota Tokyo dan beberapa kawasan yang dikuatkuasakan selama tiga minggu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini