Kementerian Alam Sekitar Jepun sedang dalam proses menggubal undang-undang bagi mengenakan bayaran untuk penggunaan beg plastik. Menterinya, Yoshiaki Harada berkata, langkah tersebut bertujuan mengurangkan sisa plastik dan menggalakkan kitar semula bahan berkenaan. Di bawah undang-undang berkenaan, penjual dikehendaki mengenakan bayaran kepada pengguna untuk beg plastik.Kerajaan menyerahkan kepada peniaga untuk menetapkan kadar bayaran yang sesuai dikenakan. Kutipan penjualan beg plastik kemudian digunakan bagi melaksanakan program perlindungan alam sekitar. Premis perniagaan yang diberi tumpuan adalah pasaraya, kedai serbaneka serta farmasi. Kementerian juga menubuhkan panel pakar bagi membincangkan usaha seterusnya untuk mewartakan undang-undang tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini