Institut Penyakit Berjangkit Kebangsaan Jepun mengesahkan kes pertama melibatkan varian Omicron di negara itu hari ini.

Menurut sumber, ia ditemui melalui sampel daripada seorang lelaki pada 28 November lalu yang tiba dari Namibia.

Berikutan itu, Jepun membatalkan keputusan mengurangkan tempoh kuarantin kepada warga tempatan yang lengkap vaksinasi dan rakyat asing bertaraf pemastautin, bermula esok.

Kementerian Luar Jepun memaklumkan, individu yang tiba termasuk yang lengkap vaksinasi dan mempunyai sijil perakuan sewajarnya, perlu menjalani tempoh kuarantin mandatori selama 14 hari.

Sebagai tambahan, keperluan sekatan perjalanan mandatori selama tiga hari di hotel khas, turut dikuatkuasakan semula.

Semalam, Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida mengumumkan untuk mengetatkan kawalan di pintu sempadan serta melarang kemasukan baharu warga asing bermula hari ini.

Lelaki tersebut dan dua ahli keluarganya kini menjalani kuarantin di kemudahan yang ditetapkan di lapangan terbang Narita.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini