Sekolah di New Delhi diarah tutup selama seminggu bermula esok berikutan tahap pencemaran udara yang semakin buruk. Arahan itu diumumkan Ketua Menteri, Arvind Kejriwal. Aktiviti pembinaan juga hanya dibenarkan beroperasi selama empat hari bagi mengurangkan habuk. Kakitangan kerajaan dan sektor swasta dinasihatkan bekerja dari rumah.

Jerebu tebal dengan bahan toksik dilaporkan menyelubungi ibu negara India. Keadaan itu diburukkan lagi dengan pembakaran sisa tanaman di sekitar kawasan ladang. Semalam, jarak penglihatan semakin menurun dengan Indeks Kualiti Udara mencecah 470 pada skala 500.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini