New Delhi melarang kemasukan trak ke ibu kota itu berikutan masalah pencemaran udara yang kini mencapai tahap berbahaya.

Selain itu, kerajaan New Delhi turut mengarahkan penutupan sekolah dan menggesa orang ramai bekerja dari rumah.

Kebanyakan aktiviti pembinaan juga dihentikan sementara.

Enam daripada 11 loji kuasa haba yang terletak dalam lingkungan radius 300 kilometer pula diarahkan henti beroperasi hingga suatu tarikh dimaklumkan kemudian.

Antara penyumbang pencemaran udara pada musim sejuk itu adalah asap daripada pembakaran sisa tanaman oleh petani di negeri jiran.

New Delhi yang mempunyai kira-kira 20 juta penduduk, merupakan antara bandar paling tercemar di dunia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini