Jerman akan menyekat akses ke gimnasium, tempat makan tertutup, bar dan pusat dandanan rambut bagi individu yang tidak mengambil suntikan vaksin.

Langkah terbabit akan berkuat kuasa Isnin depan selari dengan usaha negara itu untuk mengekang sebarang risiko penularan jangkitan COVID-19.

Ia turut melibatkan aktiviti di teater, muzium dan majlis di ruang terbuka dengan kehadiran lebih 2,000 pengunjung seperti perlawanan bola sepak.

Menerusi dasar terbaharu di ibu kota Berlin itu, hanya individu mempunyai dos lengkap vaksin dan memiliki bukti telah sembuh daripada COVID-19 akan dibenarkan memasuki kemudahan riadah serta senarai tempat tertentu.

Langkah berkenaan dibuat berikutan lonjakan kes COVID-19 dan pertambahan bebanan di unit rawatan rapi (ICU).

Individu bawah umur dan mereka yang tidak dapat mengambil suntikan vaksin disebabkan faktor kesihatan pula tidak terkesan dengan dasar baharu terbabit, sebaliknya memadai jika sekadar disahkan negatif menerusi ujian saringan.

Syarikat juga digalakkan untuk mengarahkan pekerja masing-masing bekerja dari rumah dan mengehadkan kehadiran kakitangan ke premis pada kadar 50 peratus.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini