Jerman akan menyekat akses ke gimnasium, tempat makan tertutup, bar dan pusat dandanan rambut bagi individu yang tidak mengambil suntikan vaksin. Langkah terbabit berkuat kuasa Isnin ini selari usaha mengekang penularan jangkitan COVID-19.

Ia turut melibatkan aktiviti di teater, muzium dan majlis di ruang terbuka dengan kehadiran lebih 2 ribu pengunjung seperti perlawanan bola sepak. Langkah berkenaan dibuat berikutan lonjakan kes COVID-19 dan pertambahan bebanan di unit rawatan rapi.

Individu bawah umur dan mereka yang tidak dapat mengambil suntikan vaksin disebabkan faktor kesihatan pula tidak terkesan dengan dasar baharu terbabit, sebaliknya memadai jika sekadar disahkan negatif menerusi ujian saringan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini