Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo akan kembali memakai nombor tujuh di Manchester United, apabila Edinson Cavani bersetuju menyerahkan jersi berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan The Red Devils menerusi satu kenyataan.

Selepas ini, Cavani akan menggunakan nombor 21, nombor sama yang digunakan bersama pasukan kebangsaan Uruguay.

Ronaldo yang meninggalkan United 12 tahun lalu, dijadual membuat penampilan pertama menentang Newcastle pada 11 September.

George Best, Bryan Robson, Eric Cantona dan David Beckham antara bintang-bintang United yang pernah menyarung jersi nombor tujuh kelab itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini