Taiwan mengerahkan jet pejuangnya memintas dan memberi amaran kepada pesawat China yang memasuki zon pertahanan udara pulau tersebut.

Kesemua lapan pesawat China itu iaitu enam jet pejuang J-16, satu pesawat antikapal selam dan satu pesawat pengawasan dikesan di  bahagian barat daya zon pertahanan Taiwan.

Awal bulan ini, Taiwan melaporkan 148 pesawat tentera udara China dikesan di bahagian selatan dan barat daya Zon Pengenalpastian Pertahanan Udara (ADIZ).

Setakat ini, pesawat China belum lagi memasuki ruang udara Taiwan, sebaliknya ADIZ, iaitu kawasan lebih luas yang dipantau dan dironda oleh Taiwan yang memberikannya lebih masa untuk bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Taiwan, yang dituntut Beijing sebagai miliknya bertegas, biarpun pesawat China belum lagi memasuki ruang udara Taiwan, aktiviti di ADIZ, boleh mencetuskan  ancaman kepada Taiwan.

Aktiviti tentera China berhampiran pulau itu menjejas kestabilan serantau.

Malah, Presiden Taiwan Tsai Ing-wen berikrar akan mempertahankan kebebasan dan demokrasinya biarpun berdepan tekanan China.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini