Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sedang melaksanakan penilaian bentuk operasi membabitkan kesalahan jenayah Syariah iaitu kaedah perjudian dalam talian. Menurut Pengarahnya, Datuk Mohd Zaidi Ramli, pelaksanaan itu melibatkan beberapa cadangan baharu pindaan undang-undang, Enakmen Jenayah Syariah yang digunapakai ketika ini.

Mengikut statistik 2010 hingga 2016, Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS telah melaksana operasi pencegahan dan rampasan secara berkala di bawah Seksyen 79A, Enakmen Jenayah Syariah. Beliau berkata demikian pada Program Pelupusan Barang-barang Rampasan di Seremban.

Sebanyak 36 unit komputer bernilai anggaran RM100,000 dilupus melibatkan operasi pada 2010 hingga 2016. Menurutnya, sebanyak RM90,000 denda dikenakan kepada semua tertuduh yang telah disabitkan di mahkamah.

Beliau berkata, JHEAINS dengan kerjasama pelbagai agensi akan terus menjalankan penguatkuasaan terhadap aktiviti perjudian yang melibatkan orang Islam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini