Ahli kumpulan perniagaan dalam buruan, Low Teak Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dan Nicky Liow Soon Hee masih belum dimasukkan ke dalam senarai Notis Merah oleh Interpol (Polis Antarabangsa).

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuat permohonan Notis Merah itu bagaimanapun nama Jho Low dan Nicky Liow masih tidak dimasukkan ke dalam senarai individu dikehendaki kerana permohonan tersebut perlu memenuhi beberapa protokol.

November lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilapor mengakui tidak mempunyai maklumat mengenai keberadaan Jho Low. Jho Low menjadi buruan ekoran skandal 1MDB manakala pengasas Winner Dynasty Group, Nicky Liow, berhubung sindiket Macau Scam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini