Pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan siap siaga sepenuhnya untuk menghadapi banjir lebih buruk pada masa akan datang dengan keupayaan fizikal dan mental serta kelengkapan logistik yang mencukupi.
 
Tumpuan kini diberi di lokasi berisiko banjir iaitu kawasan rendah di Pasir Mas, Rantau Panjang dan Kota Bharu.

Seramai 778 anggota akan dibantu Pasukan Bomba Sukarela, Pasukan Bomba Bantuan dan Sukarelawan Bomba di lokasi-lokasi terbabit bagi melancarkan tugas-tugas penyelamatan penduduk terjejas banjir.
 
Pemantauan berterusan 24 jam di Bilik Gerakan Operasi Banjir digerakkan dari awal serta tinjauan di lokasi akan dilakukan sepanjang masa oleh pasukan terlibat.

Dalam perkembangan berkaitan, operasi menyelamat yang dilaksanakan JBPM Kelantan berjalan lancar sejak banjir melanda beberapa daerah di negeri itu termasuk membawa pesakit Covid-19 ke hospital serta kes kecemasan lain.
 
43 perahu digunakan selain lori untuk melancarkan tugasan terbabit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini