Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membelanjakan RM35 juta bagi tujuan penyediaan barangan keperluan untuk penduduk terjejas banjir, di lapan negeri.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff memaklumkan perbelanjaan melibatkan tikar/pelapik lantai, selimut, tuala mandi, kain pelikat dan kain batik, kit kebersihan diri dan lain-lain keperluan.

Manakala bagi khemah boleh lipat, lebih 31,921 unit telah digunakan bagi memberi ruang keselesaan kepada keluarga yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

JKM juga turut menyediakan makanan bermasak di setiap PPS mengikut bilangan penduduk  termasuk petugas sepanjang tempoh mereka berada di PPS, lapan depoh Utama JKM, 521 Pengkalan Hadapan dan 165 Depoh Mini JKM.

JKM setakat ini telah menempatkan seramai 114,280 penduduk terjejas  banjir di 771 PPS di seluruh negara yang melibatkan 31,921 keluarga.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini