Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan bimbang dengan peningkatan kadar jenayah dalam kalangan kanak-kanak di negeri itu. Jelas Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kanak-Kanak JKM Kelantan, Nurul Shafiqah Auni Abdullah, sebanyak 153 kes direkodkan dari Januari sehingga Mac tahun ini. Ia meningkat sebanyak 21 peratus berbanding 559 kes sepanjang Januari sehingga Disember tahun lepas. Katanya, kadar jenayah dadah paling tinggi berikutan Kelantan berada berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand, menyebabkan bekalan mudah didapati.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini