Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan menggerakkan pasukan Psikologi dan Kaunseling untuk memberi sokongan emosi kepada penduduk terjejas banjir.

Menurut Ketua Bahagian Psikologi dan Kaunseling JKM negeri, Ruziyatun Abdul Kadir, pasukan mula diaktifkan 19 Disember lalu melibatkan pakar psikologi dan sukarelawan. Psikologi First Aid diberi kepada mereka yang mengalami trauma akibat bencana banjir.

Beliau yang ditemui di Jempol berkata, aktiviti melibatkan sokongan psikologi secara individu atau berkumpulan bagi golongan dewasa, kanak-kanak dan petugas Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini