Kerajaan bersetuju mewujudkan semula Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS) dan melantik 12 tokoh sebagai ahli jawatankuasa berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam),Datuk Idris Ahmad berkata langkah itu diambil bagi mempertingkat serta memartabatkan sistem perundangan syariah secara holistik, selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bekas Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa itu.

Antara tokoh lain dilantik adalah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Sri Mohd Shafiq Abdullah; Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar; dan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM, Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini