Pelaksanaan Program Bayaran Bantuan Kewangan Tanpa Tunai (JKMPay) merupakan projek rintis dan hanya melibatkan penerima baharu bantuan kewangan bulanan Persekutuan tanpa melibatkan penerima bantuan sedia ada.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun menjelaskan pihaknya telah melaksanakan Kajian Kebolehlaksanaan Projek Rintis Tanpa Tunai melibatkan 1,066 orang penerima bantuan.

JKMPay dilaksanakan antara lainnya bagi membantu penerima bantuan JKM mengawal perbelanjaan dengan mendapatkan barangan yang benar-benar diperlukan seperti barangan keperluan, makanan dan ubat-ubatan.

Setiap data dan pandangan sepanjang pelaksanaan projek rintis akan diteliti dan diambil kira sebelum sebarang keputusan pelaksanaannya secara menyeluruh dibuat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan susulan memorandum bantahan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pelaksanaan projek ini.

Datuk Seri Rina berkata demikian dalam Program Menyantuni Pusat Jagaan OKU sempena Tahun Baharu Cina di Kelana Jaya, Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini