Tiga syor turut dikemuka JKMR untuk tambah baik operasi SPRM.

Jawatankuasa menegaskan ia penting  bagi mengembalikan kepercayaaan orang ramai terhadap suruhanjaya terbabit.

JKMR menyarankan sitaan wang tunai bernilai besar harus diletakkan di Bank Negara.

Langkah itu dilakukan bagi mengelak kes curi atau kehilangan barang bukti.

SPRM turut digesa mewujudkan kembali imej yang tegas dan melaksanakan tugas dengan sempurna.

Tindakan itu perlu melibatkan segenap lapisan warga suruhanjaya tanpa mengira pangkat.

SPRM turut disaran tidak pilih kasih dalam melakukan setiap tindakan.

Ini termasuk mengenakan baju oren kepada setiap tahanan tanpa mengira status.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini