Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, JKNK memandang serius dakwaan kononnya petugas kaunter hospital itu bertindak biadab sepertimana dilaporkan sebuah akhbar, semalam.
 
Pengarah Kesihatan Negeri, Doktor Othman Warijo berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci dan memohon pengadu supaya tampil memberikan maklumat lengkap berkaitan kejadian tersebut.

Dalam satu kenyataan, Dr Othman berkata, JKNK amat menghargai dan berterima kasih atas maklum balas yang diberi.
 
Pihaknya turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pengadu dan pelanggan ketika berurusan di kemudahan kesihatan di negeri itu.
 
Jelas beliau, semua janji temu pesakit di Klinik Pakar, Hospital Sultanah Bahiyah diberikan secara berperingkat untuk mengelakkan pesakit dan waris datang untuk rawatan pada waktu yang sama dan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.
 
Pesakit dan waris dinasihatkan mengikuti tarikh dan masa janji temu yang diberi untuk mengelakkan sebarang kesulitan.    

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini