Penularan video memaparkan seorang pesakit COVID-19 yang didakwa dibiarkan meninggal dunia di sebuah hospital di Sungai Petani perlu dihentikan bagi menghormati keluarga mangsa.

Pengarah JKN Kedah, Dr Othman Warijo kesal dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkannya.

Video mengenai pesakit lelaki yang jatuh dan meninggal dunia dalam wad dan didakwa lewat mendapat bantuan petugas hospital itu berlaku di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Pesakit tersebut dimasukan ke wad hospital itu, 26 Ogos lepas, selepas dirujuk oleh Pusat Penilaian COVID-19 Kuala Muda.

Pesakit mempunyai sejarah beberapa penyakit kronik dan mendapat jangkitan COVID-19 kategori empat yang memerlukan bantuan oksigen.

Sepanjang berada di wad, keadaan pesakit kurang stabil dan memerlukan tekanan oksigen yang semakin tinggi dan pesakit dilihat tidak selesa dengan alat bantuan oksigen yang dipakaikan.

Ketika pemeriksaan dilakukan pesakit didapati tiada lagi tanda-tanda hidup dan telah dinaikkan semula ke atas katil, namun disahkan meninggal dunia akibat ‘severe COVID-19 pneumonia’.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini