Bagi memastikan semua yang terlibat PRU Dewan Negeri Johor ke-15 mematuhi SOP, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) akan menugaskan 248 anggota penguat kuasanya.

JKNJ turut bekerjasama dengan PDRM selain bantuan pasukan penguat kuasa dari Perak dan Terengganu sepanjang tempoh sama.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Perkembangan Kesihatan Awam, Dr Shamsul Maali berkata, fokus pemantauan adalah di lokasi ceramah dan bilik gerakan parti.

Bilik gerakan khas juga dibuka di peringkat negeri dan daerah, bagi menyelaras serta memantau aktiviti kempen.

Penguatkuasaan SOP adalah berdasarkan Akta 342 dan peraturan-peraturan dibawahnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini