Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan mesej yang tular berkait pewartaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di seluruh kawasan Taman Sri Pulai Perdana, Johor.

Pengarah JKNJ, Datuk Dr Aman Rabu, berkata tindakan kawalan dalaman dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Johor Bahru berikutan laporan 47 kes positif membabitkan Kluster Pulai Perdana Tiga semalam.

Tambah beliau aktiviti pengesanan kes secara aktif dan siasatan dilakukan dan mendapati rumah yang terlibat berselerak di sekitar taman perumahan itu.

Semua kes positif telah diasingkan manakala kontak rapat kes yang dikenal pasti turut menjalani pengasingan di rumah.

Menurut beliau lagi, fasiliti umum yang berpotensi menjadi tempat penyebaran seperti masjid dan sekolah telah dikenal pasti dan ditutup sementara bagi tujuan siasatan serta pengesanan kes secara berterusan.

Terdahulu, tular di media sosial dan kumpulan WhatsApp satu notis kononnya PKPD Pentadbiran akan dilaksanakan di Taman Pulai Perdana, Skudai bermula semalam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini