Jabatan Kesihatan Negeri Pahang mensasarkan 1.2 juta rakyat di negeri itu yang layak divaksin menerima sekurang-kurangnya dos pertama menjelang 21 September.

Pengarahnya, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, sehingga kini 67.5 peratus telah menerima dos pertama, manakala 52.9 peratus telah lengkap divaksin.

Bagi mencapai sasaran itu, Pejabat Kesihatan Daerah giat menjalankan Program Outreach Vaksinasi yang disasarkan ke lokasi luar bandar.

Beliau menyatakannya selepas melakukan lawatan kerja ke Pusat Pemberian Vaksin di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Piol, di Jerantut.
 
1,800 penduduk di kawasan itu telah menerima vaksin pada program yang dijalankan tiga hari.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini