Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sedang mengenal pasti individu yang mendapatkan sijil digital vaksinasi palsu menerusi doktor berkenaan.

Pengarahnya Datuk Dr Kasemani Embong berkata pihaknya akan memberikan nasihat dan kaunseling kepada golongan berkenaan bagi memastikan mereka menerima suntikan vaksin sebagaimana yang sepatutnya.

Justeru pihaknya akan terus bekerjasama dengan pihak polis bagi mengesan kegiatan berkenaan.

Beliau berkata pihaknya  masih menunggu hasil siasatan sebelum tindakan lanjut diambil.

Katanya lagi pendaftaran klinik serta lesen doktor berkenaan boleh dibatalkan sekiranya didapati bersalah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini