Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu JKNT mengeluarkan dua kompaun berjumlah RM20,000 susulan isu berkaitan pelanggaran SOP semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia melibatkan TFC dan JDT di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Isnin lalu.

Pengarahnya, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, kompaun masing-masing berjumlah RM10,000 itu dikenakan terhadap tuan rumah dan Malaysia Football League MFL selaku penganjur perlawanan.

Pihaknya telah menjalankan siasatan dan penganjur gagal memastikan pematuhan protokol am dalam pengurusan penonton dan penyokong iaitu
penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka dengan sempurna semasa perlawanan berlangsung.

Bagaimanapun Datuk Dr Kasemani berkata, pengurusan TFC mematuhi peraturan lain iaitu menyediakan QR kod Mysejahtera, pengambilan
suhu dan menyediakan cecair pembasmi kuman sebelum memasuki stadium.

Beliau turut menasihatkan agar setiap individu memainkan peranan penting dalam memastikan diri masing-masing tidak mendapat jangkitan dan tidak
menjangkiti orang lain.      

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini