Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengeluarkan kompaun RM440,200 kepada mereka yang  merokok dikawasan kedai makan.

Pengarah JKNT, Datuk Dr.Kasemani Embong berkata sebanyak 1,781 notis kesalahan dikeluarkan hasil operasi di seluruh negeri sejak Januari hingga Jun tahun ini.

Jumlah kompaun itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu yang hanya 943 notis dikeluarkan. Tindakan itu diambil mengikut Peraturan 11 (1d) dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018.

Beliau ditemui selepas menyertai Operasi Gomo Asap Malam di sekitar Kuala Terengganu.   

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini