27 hotspot banjir di jalan negeri dan jalan persekutuan yang sering terjejas banjir dikenalpasti Jabatan Kerja Raya Melaka.  

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Mariman yakin, masalah tersebut akan diselesaikan secara berperingkat dalam tempoh terdekat.

Antara 27 lokasi terbabit termasuk kawasan lubok China dan Sungai Siput di Alor Gajah dan beberapa kawasan di Jasin dan Melaka Tengah.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan pelepasan Misi Bantuan Pasca Banjir ke Lanchang, Temerloh, Pahang.

Dalam pada itu, Datuk Rahmad berkata, Bantuan Wang Ihsan kepada ketua Isi Rumah yang terjejas banjir di negeri itu dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya hari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini