Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) sedang menyediakan Laporan Pemetaan Bahaya dan Risiko Cerun di Gunung Jerai, Kedah yang akan diserahkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada 26 November ini. 

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Ali Biju berkata JMG juga sedang mengenal pasti tapak-tapak bersesuaian di Gunung Jerai bagi membangunkan sistem amaran awal bencana geologi.

Sehingga kini, JMG telah melaksanakan analisis geologi, geomorfologi dan geologi kejuruteraan bagi mengenal pasti lokasi cerun di Gunung Jerai yang berisiko terjadi tanah runtuh serta pemetaan aliran puing termasuk mengenal pasti ciri-ciri aliran puing yang terjadi.  

JMG akan terus bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan, PBT dan agensi tindakbalas yang berkaitan.  

Keperluan itu bagi memastikan keselamatan penduduk di lokasi terjejas sekaligus, berupaya mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini