Pemain tenis wanita nombor satu Britain, Johanna Konta umum persaraan dari sukan berkenaan.

Pemain berusia 30 tahun itu akui terpaksa membuat keputusan itu selepas bergelut dengan kecederaan lutut sejak beberapa tahun lalu yang menyaksikan da terperosok ke tangga 113 dunia
Dilahirkan di Australia, Konta berhijrah ke Eropah ketika usia remaja untuk mengejar impiannya sebagai pemain tenis dan menjadi warga Britain pada 2012.

Kariernya mula meningkat naik pada 2016 apabila mara buat pertama kali ke separuh akhir Grand Slam Terbuka Australia sekaligus menembusi kelompok 10 terbaik dunia.

Musim terbaiknya adalah pada 2017 apabila Konta muncul pemain Britain pertama sejak  Virginia Wade, melangkah ke separuh akhir kejohanan Wimbledon.

Dia turut memenangi kejohanan Terbuka Miami dan menduduki ranking keempat dunia.

Pada 2019, Konta turut melalui musim yang agak baik apabila layak ke separuh akhir Terbuka Perancis selain mara hingga ke suku akhir  kejuaraan Wimbledon dan Terbuka US.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini