Johor akan membina sebuah kilang Pemulihan dan Rawatan Lanjutan Modular Sisa Pepejal(SMART) di negeri itu bagi menangani isu sisa pepejal pada masa akan datang. Projek dengan kos RM600 juta tersebut akan dilaksanakan di Seelong, Johor Bahru.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Ayub Jamil berkata kilang tersebut boleh menghasilkan 20 hingga 25 megawat tenaga sejam, dengan kapasiti seribu tan sampah serta boleh mencapai 480 hingga 600 megawatt sehari. Beliau berkata demikian semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.

Johor turut bercadang membangunkan ladang solar atau tempat rekreasi awam di atas tapak pelupusan sampah yang telah tamat tempoh penggunaannya. Sementara itu, kerajaan persekutuan bersetuju membayar seringgit bagi setiap satu tan sampah yang akan dijadikan modal pembangunan tapak pelupusan.

Ketika ini Johor mempunyai sembilan tapak pelupusan yang masih beroperasi manakala tiga lagi sudah ditutup iaitu di Simpang Renggam, Bakri dan Tangkak

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini