Sebuah Akademi Al-Quran pertama di negara ini akan ditubuhkan di Johor, Januari depan dengan peruntukkan berjumlah RM300,000.

Pengambilan pertama seramai 40 pelajar dengan tenaga pengajar terdiri daripada pakar al-quran dan bekas qari serta qariah kebangsaan di negeri itu. Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, akademi tersebut memberi penekanan khusus kepada pemahaman dan membaca Al-Quran dengan lebih baik.

Penubuhan akademi berkenaan selari dengan hasrat kerajaan negeri mahu memberikan pendidikan khas tentang Al-Quran kepada golongan pelapis. Ianya juga sebagai persediaan Johor yang bakal menjadi tuan rumah Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Kebangsaan, Jun tahun depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini