Kerajaan Johor bakal mewujudkan Pelan Pengurusan Konflik Antara Manusia dan Hidupan Liar bagi mengurangkan masalah haiwan terutama anjing dan kera berkeliaran di kawasan perumahan.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri, K. Raven Kumar berkata, pelan jangka panjang itu melibatkan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Bagi tempoh 2017 hingga Mei lalu, 55,203 ekor anjing liar dan terbiar ditangkap PBT dan kontraktor di seluruh negeri. 7,697 aduan diterima Jabatan Perhilitan Negeri berkaitan kera liar dalam tempoh 2017 hingga 2021 dengan 27,390 tindakan diambil menerusi Pengurusan Konflik Kera.

Beliau berkata demikian ketika Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor ke 15, di Iskandar Puteri, Johor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini