631 kamera litar tertutup, CCTV telah dipasang di pelbagai kawasan seluruh pihak berkuasa tempatan PBT, di Johor, sejak Februari tahun lepas.
 
Pelaksanaan projek berkenaan melibatkan peruntukkan RM200,000.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ayub Jamil dalam sidang dun menjelaskan, inisiatif pemasangan CCTV merupakan salah satu usaha di bawah program Bandar Selamat di kawasan PBT negeri ini.
 
Program Bandar Selamat diperluas kepada 149 PBT di seluruh negara dan telah dilaksanakan serta merta mulai Disember 2009 sehingga Disember 2010 bagi mencapai matlamat mengurangkan kadar jenayah jalanan negara sebanyak 20 peratus.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini