Johor membenarkan majlis akad nikah dilaksanakan di 91 dewan masjid dan 14 dewan surau berkuat kuasa Ahad ini.

Beberapa lokasi lain turut dibenarkan untuk diadakan majlis tersebut iaitu di Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), pejabat kadi daerah serta dewan dan balai raya.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan bersama EXCO Johor Tosrin Jarvanthi, Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah JAINJ Datuk Md Rofiki Shamsudin.

Pelaksanaan majlis akad nikah perlulah mematuhi SOP yang ditetapkan dalam Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini