Kerajaan Johor membenarkan pelaksanaan ibadah korban dijalankan di semua masjid dan surau di seluruh negeri itu semasa perayaan Aidiladha tahun ini.

Sebanyak 153 rumah penyembelihan berdaftar, 64 masjid dan 68 surau mendapat permit dan kebenaran melakukan ibadah korban di Johor.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, permohonan mendapatkan permit bagi tujuan tersebut masih dibuka melalui pejabat kadi dan pejabat veterinar daerah.

Beliau turut memberitahu, bekalan haiwan korban tahun ini mencukupi dan mampu menampung permintaan tinggi.

Tahun lalu, bekalan haiwan korban di Johor sebanyak 6,000 ekor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini