Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan meminda Fasal 16 Bahagian 2,  Undang-undang Tubuh Kerajaan 1895 bagi membenarkan belia berusia 18 tahun bertanding kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada pilihan raya akan datang.

Satu sidang khas dewan negeri akan dibuat dalam waktu terdekat berhubung perkara tersebut.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, keputusan itu dibuat supaya selaras dengan pindaan Seksyen 5 Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, langkah menurunkan umur 21 tahun ke 18 tahun adalah wajar dilaksanakan.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan persidangan penggal keempat, Sidang Dewan Undangan Negeri Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor.

Rabu lalu, semua Menteri Besar dan Ketua Menteri bersetuju meminda undang-undang tubuh kerajaan negeri bagi membolehkan individu berusia 18 tahun menjadi calon pilihan raya umum, pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil. 

Antara negeri yang membenarkan calon berusia 18 tahun bertanding pada pilihan raya nanti adalah Kedah dan Kelantan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini