Tapak berpotensi bagi pembinaan zoo baharu di Iskandar Puteri, sedang dikaji kerajaan negeri Johor. Projek di tapak seluas 50 ekar itu akan menempatkan beberapa haiwan yang ada di Zoo Johor ketika ini.

Jelas Exco, Datuk Mohd Jafni Md Shukor; pasukan khas di peringkat Setiausaha Kerajaan Negeri, terdiri daripada Pihak Berkuasa Tempatan ditubuhkan bagi memperhalusi isu berkaitan zoo baharu.

Pemaju dan agensi korporat dicadang terlibat bagi pengurusan makanan haiwan di zoo, susulan kos yang tinggi. Zoo Johor sedia ada akan dikekalkan serta beroperasi dengan kemudahan dan fasiltii bakal dinaiktaraf.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini