70 peratus pemberian dos penggalak telah dicapai di Johor.

Peratusan tinggi itu diyakini mampu memberi perlindungan kepada pengundi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, ia merupakan sasaran yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) menjelang Hari Pengundian, 12 Mac nanti.

Jelasnya, walaupun kes COVID-19 meningkat tetapi kesannya tidak serius seperti beberapa bulan lalu.

Khairy menyatakannya ketika meninjau Pusat Penilaian COVID-19 Klinik Kesihatan Simpang Renggam.

Sementara itu, vaksinasi kepada kanak-kanak di Johor juga telah mencapai 25 peratus atau lebih 103,000 kanak-kanak.

Kadar itu melebihi peratusan di peringkat nasional iaitu 23 peratus.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini