Belanjawan Negeri Johor 2022 yang dibentangkan hari ini merupakan belanjawan defisit berjumlah RM286.47 juta
 
Ini adalah belanjawan defisit kali kedua berturut-turut direkodkan selepas tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, bertemakan, Memperhebat Kesejahteraan Johor, kerajaan negeri menjangkakan unjuran hasil negeri berjumlah RM1.671 bilion manakala unjuran perbelanjaan, RM1.958 bilion

Tema dan peruntukan itu selari dengan hasrat Johor untuk memastikan kelangsungan rakyat sentiasa terjamin selepas terjejas akibat pandemik covid-19.

Beliau berkata demikian ketika berucap membentangkan belanjawan Johor 2022 pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Johor Ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Johor Bahru, Johor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini