Polis Johor mencatat Indeks kes jenayah sebanyak 4,803 bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, statistik tersebut menunjukkan penurunan sebanyak 6.77 peratus berbanding 5,152 kes bagi tempoh sama pada tahun lalu.Bagi tempoh sama juga, polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah seberat 2,634 kilogram dengan anggaran nilai 125 juta ringgit. Ia melibatkan tangkapan seramai 10,428 orang. Berbanding rampasan dadah bagi tempoh sama tahun lalu adalah seberat 412.02 kilogram bernilai 14.183 juta ringgit. Bagaimanapun kes melibatkan jenayah komesial bagi tempoh sama tahun ini pula menunjukkan peningkatan sebanyak 36.8 peratus iaitu 1854 kes berbanding 1500 kes tahun lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini