Kerajaan Johor akan bekerjasama dengan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat bagi mendapatkan khidmat kepakaran mengatasi masalah banjir termenung di daerah itu.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, usaha terkini itu juga dapat meluaskan lagi bidang penyelidikan UTHM terhadap fenomena alam.

Kerjasama turut melibatkan kepakaran dalam bidang logistik, pengangkutan dan bidang aeronautik yang berpotensi membangunkan daerah itu.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Mahasiswa UTHM di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM Batu Pahat, Johor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini