Kerajaan Johor akan mengkaji semula cuti hujung minggu negeri itu yang berbeza antara kerajaan dengan swasta.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kajian itu akan dilakukan supaya ibu bapa dan anak-anak dapat berehat pada hari yang sama. Terdahulu, beliau menyampaikan Amanat Menteri Besar Johor 2022 di Persada Johor, Johor Bahru.

Pada masa ini, cuti hujung minggu bagi Johor ialah Jumaat dan Sabtu. Pada 2013, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan pertukaran cuti minggu negeri Johor pada Sabtu dan Ahad kepada Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari 2014.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini