Kerajaan Johor kecewa dengan tindakan sebilangan persatuan atau organisasi induk sukan kebangsaan yang tidak menyatakan penghargaan terhadap negeri yang melahirkan atlet mewakili mereka.

Exco Belia dan Sukan Negeri Johor, Hairi Md Shah memaklumkan, penghargaan layak diberi kerana Johor telah berusaha dan mengeluarkan dana berbillion ringgit bagi membangunkan atlet terbabit.

Menurut Hairi, Johor melahirkan ramai atlet berkaliber yang telah menyumbang bakat di peringkat kebangsaan serta mengharumkan nama negara di persada dunia.
 
Justeru, beliau berharap pihak berkaitan lebih cakna menilai dari setiap aspek, bagi memastikan Johor, dan negeri-negeri lain yang telah melahirkan atlet berkualiti mendapat penghargaan selayaknya.
 
Elemen pembangunan atlit yang dikendalikan Majlis Sukan Negeri Johor merupakan antara inisiatif yang dititikberatkan Kerajaan Negeri sehingga kini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini