Solat jumaat dan solat fardu di semua masjid dan surau di Johor kekal dengan jarak setengah meter walaupun terdapat kawasan terjejas COVID-19.

Jelas Exco Ehwal Agama Islam Negeri, Tosrin Jarvanthi, penularan kes di Taman Sri Pulai Perdana, Johor Bahru baharu-baharu ini tidak mengubah ketetapan berkenaan.

Ahad lalu, 47 dikesan positif dengan 164 kontak rapat masih menunggu keputusan saringan sekaligus menyebabkan tercetusnya Kluster Pulai Perdana Tiga.

Pihaknya juga masih menunggu laporan terperinci daripada Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) berhubung jemaah umrah terjejas di negeri ini akibat varian Omicron.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan misi bantuan pasca banjir Majlis Agama Islam Negeri Johor(MAINJ) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor(JAINJ) di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini