Kerajaan Johor komited menyediakan peruntukan kewangan kepada sekolah-sekolah agama setiap tahun. Peruntukan itu termasuklah kos membaikpulih, bekalan perabot, bantuan kewangan badan kebajikan sekolah dan pembersihan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, setakat ini, RM2.9 juta dibelanjakan kepada 585 buah sekolah agama di Johor. 10 buah sekolah terpilih juga diberi peruntukan RM1.2 juta untuk aktiviti kecemerlangan murid.

Beliau berkata demikian semasa Sidang dewan undangan negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.